selamat datang ke blog ini

Wednesday, July 7, 2010

Kertas Kerja Kursus Separuh Masa SKEK

BIL

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

Pengenalan

2

2.0

Kursus Talian Aeial Voltan Rendah

2

3.0

Justifikasi

3

4.0

Modul Latihan

4

5.0

Tempat Kursus

4

6.0

Tenaga Pengajar/Penceramah

5

7.0

Peserta

5

8.0

Bayaran Kursus

5

9.0

Ujian dan Persijilan

6

10.0

Penutup

6

11.0

Pengesahan

7

1.0 Pengenalan

Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk mendapat kelulusan pihak Pengurusan BPL(K) bagi menganjurkan Kursus Talian Aerial Voltan Rendah mulai Januari 2009 di IKM Lumut, Perak.

Hasil perbincangan kami dengan pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) serta wakil BPL(K) di IKM Sik, Kedah pada 11 - 13 Nov 2008, pihak IKM adalah dibenarkan untuk mengendalikan Kursus Talian Aerial Voltan Rendah separuh masa di IKM yang mempunyai pentauliahan Kursus Penjaga Jentera A1(rujuk lampiran ).

2.0 Kursus Talian Aerial Voltan Rendah

2.1 Nama Kursus

Kursus Separuh Masa Talian Aerial Voltan Rendah

( Mengikut syarat Suruhanjaya Tenaga (ST). )

2.2 Jangka Kursus

6 bulan / (80 jam)

2.3 Perlaksanaan Kursus ( Cadangan )

Sesi 1: Januari – Jun

Sesi 2 : Julai – Disember

Kursus dijalankan bermula pada tahun 2009 setiap hujung minggu (Sabtu dan Ahad)

2.4 Kemudahan Kursus

Sebuah bilik kuliah dan bengkel latihan amali yang sedia ada di Bengkel Kejuruteraan Elektrik Domestik & Industri.

2.5. Kapasiti

Minima : 15 peserta setiap sesi

Maksimum : 20 peserta setiap sesi

3.0 Justifikasi

Untuk mencapai matlamat ini, Institut Kemahiran MARA Jasin dengan kerjasama Jabatan Elektrik mempunyai tanggungjawab dan mengambil inisiatif untuk membantu menambahkan seramai mungkin guna tenaga mahir kususnya bumiputera yang berkemahiran dalam kerja - kerja talian aerial voltan rendah.

Kursus ini akan diadakan bagi membantu peserta-peserta yang layak menduduki Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik kategori A1 atau A4. Selain itu, kursus ini juga memberikan kemudahan kepada majikan-majikan perindustrian menghantar pekerja mereka berkursus tanpa memberikan kemudahan cuti bergaji atau memberhentikan pekerja tersebut.

Bagi memenuhi tujuan tersebut dan merujuk kepada perkembangan industri yang begitu pesat pada masa kini ekoran daripada perlaksanaan Rancangan Perindustrian Malaysia yang mana memerlukan pekerja mahir Penjaga Jentera Elektrik yang berkekompeten dalam mengawal dan mengendalikan pepasangan dan kelengkapan elektrik di sektor awam dan swasta. Kursus ini juga akan memberi motivasi dan mengembangkan ilmu dikalangan tenaga pengajar dengan melibatkan diri dengan peserta luar yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang kerja mereka.

4.0 Modul Latihan

4.1 Teori Amalan Pepasangan

4.1.1 Tiang (poles)

4.1.1.1 Jenis-jenis tiang

4.1.1.2 Kedudukan tiang

4.1.1.3 Prosedur penanaman dan penjajaran tiang

4.1.2 Kabel/Pengalir

4.1.2.1 Jenis – jenis kabel dan binaan

4.1.2.2 Saiz dan keupayaan membawa arus

4.1.2.3 Pemasangan talian meliputi merenggang (tensioning), tegang bunuh (killing tension), lendut (sagging) dan had kelegaan (clearance)

4.1.2.4 Aksesori seperti talian “poles fuses”, penangkap kilat (lightning arrestors), pendakap D (D bracket) dan lain-lain

4.1.2.5 Pemasangan dan penyelenggaraan talian atas, peralatan talian seperti kotak hitam (black box), fius tiang (pole fuse), tap talian (line tap), piercing connector dan lain-lain

4.1.2.6 Lampu jalan

4.1.2.7 Langkah keselamatan semasa bekerja

4.2 Amali Talian Aerial

4.2.1 Amali tamatan

5.0 Tempat Kursus

Bilik Kuliah dan Bengkel Sijil Kejuruteraan Elektrik Kuasa (SKEK)

Institut Kemahiran MARA,

Jalan Dato’ Seri Kamaruddin,

32040 Seri Manjung

6.0 Tenaga Pengajar / Penceramah

6.1 Penceramah yang terdiri daripada tenaga pengajar dari Jabatan Elektrik Institut Kemahiran MARA, Lumut, Perak.

7.0 Peserta

7.1 Kelayakan Peserta

7.1.1 Mempunyai pengalaman bekerja di bidang elektrik di kilang-kilang, bangunan atau dengan Kontraktor Elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST), DAN

7.1.2 Peserta yang mempunyai Sijil Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik Kategori AO atau A4-1 boleh memohon untuk kursus ini, ATAU

7.1.3 Lain-lain syarat yang ditentukan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

7.2 Bilangan Peserta

15 – 20 peserta bagi setiap sesi pengambilan.

7.3 Yuran Kursus

Yuran Kursus berjumlah RM1,300.00 bagi setiap peserta.

8.0 Bayaran Kursus

8.1 Segala pembayaran yuran akan diuruskan oleh IKM Jasin Melaka.

9.0 Ujian dan Persijilan

9.1 Peserta kursus akan menduduki ujian bertulis dan amali sebelum

tamat kursus

9.2 BPL(K) akan mengeluarkan Sijil Tamat Latihan bagi setiap peserta

kursus.

9.3 Sijil yang akan dikeluarkan BPL(K) boleh digunapakai oleh peserta

kursus untuk mendapatkan pengesahan daripada Suruhanjaya

Tenaga. (ST)

11.0 Penutup

Semoga permohonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan serta kelulusan oleh Pengurusan BPL(K) bagi menjalankan kursus ini.

12.0 Pengesahan

Disediakan oleh : Disemak oleh :

____________________ _____________________

Disokong oleh: Diluluskan oleh:

____________________ _____________________

Pengarah IKM Pengarah BPL(K)

No comments:

Post a Comment

Post a Comment